Tuesday, March 29, 2011

nota cinta untuk bakal suamiku...

Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...

Saturday, March 26, 2011

perit ku rasakan...

ku harus hadapi hidup ini..walaupun pahit kurasakan...ku kena kuat...masih jauh perjalanan yang harus ke tempuhi...ku perlu tunaikan impian arwah abah ku yang terlalu berat untuk ku pikul..sehingga hari ini..tiada siapa tahu apakah yang arwah abah ku inginkan dari ku..hanya ku dan arwah jer yang tahu..walaupun arwah abah da tak ada..akak tak pernah lupakan abah..akak akan simpan janji akak..akak sentiasa doakan kesejahteraan abah di sana...
abah...
terlalu banyak kesalahan akak pada abah selama ini kan...akak sedih sangat2 bila fikirkan yang akak tak mampu nak bahagiakan abah sehingga kini..terlalu banyak kelukaan yang akak dah bagi pada abah...abah..maafkan akak..akak bukan lah anak yang baik..tetapi akak dah cuba jadi yang terbaik dan tak pernah putus asa pun...akak cuba jadi anak yang mama boleh banggakan..akak cuba jadi contoh teladan yang baik pada adik2...akak ingat setiap pesanan abah...dan pesanan terakhir abah..kini tersemat di dada dan hati ini.."abah tak ada harta yang lain untuk anak2...pelajaran tu lah harta yang mampu abah bagi kat korang"...akak takkan lupa tu bah...akak akan ingat selalu...disaat pengajian terakhir ini..akak masih ingat pesanan tu..akak takkan persiakan harapan abah dan mama..akak akan ubah nasib keluarga kita...tapi bah..cuma satu jer akak terkilan sangat2 sampai sekarang...akak bukan nak ungkit..tapi sampai hari ini akak masih tak dapat lupakan semua ini..saban hari akak di hantui rasa bersalah..seumur hidup akak tak dapat lupakan..kenapa mama dan abah pinggirkan akak masa akak kecil2 dulu???5tahun akak dipisahkan dari keluarga...adakah kerna akak dilahirkan sebegini rupa???abah..maafkan akak...akak pun dah lupakan semua itu...akak tak tahu nak kata apa lagi...sebab tak semua benda dalam dunia Allah SWT jadikan sempurna..begitu juga akak...tapi akak tak pernah lupa supaya sentiasa bersyukur..yang akak masih mampu bernafas hingga ke hari ini...terima kasih abah...jasa mu takkan akak lupakan...

percutian terakhir....

p/s:hargai lah insan yang kita sayang selagi dia masih hidup dan ada disisi kita....Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayahandaku Shaiful Yazan.. 

(*_*) renungilah teman (^_^)

Maafkan aku wahai teman yang tersayang
Maafkanlah sekiranya teguranku melukakan
Demi Tuhan ku lakukan semua dengan keikhlasan
Demi untuk melihat hari mukamu bahagia

Ingatlah teman jangan berlebih ketawa
Mungkin itu kan membawa kita hampir dengan duka
Kita tidak tahu yang bakal berlaku
Seperti kita tak bisa mengawal cerah cuaca

Teman jangan sekali kau mudah lupa
Hidup ini sementara

Setiap dugaan datang bersabarlah teman
Berkat kesabaran kan membawa kemenangan
Apa yang terjadi teman jangan ditangisi
Namun senyumlah atas nikmat yang diberi
Selalu insafi kembali ke pangkal jalan
Renungilah teman.

Ikhlasku teman
Memberimu peringatan
Melihat kau bahagia
Itu yang lebih bermakna
Sekiranya nanti
Aku tiada lagi
Sematkan dalam ingatan
Sebagai tanda kenangan

Teman jangan sekali kau mudah lupa
Hidup ini sementara

Setiap dugaan datang bersabarlah teman
Berkat kesabaran kan membawa kemenangan
Apa yang terjadi teman jangan ditangisi
Namun senyumlah atas nikmat yang diberi
Selalu insafi kembali ke pangkal jalan
Renungilah teman.

p/s:lagu yg pernah di beri oleh seseorang...lagu yg begitu terkesan di jiwa sehingga hari ini...

Thursday, March 24, 2011

share something....

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, March 19, 2011

tomey da kot..

wah2...xsangka aku pun leh wat sendiri tanpa harap org lain...tp kadang2 blurr gak la...tp Alhamdulillah...dr saje2 akhir yer berhasil gak blog aku satu lg ni...amin...

p/s: kena berusaha ru leh dpt hasil yg memuaskan hati....tak perlu bergantung pd org lain...

bersama Deejay2 dan Crew2 dari DuniaMuzik.Fm (*_^)

Salam & slmt pagi buat semua.......Harap Maklum....Mama Rozi akan berada di Penang 30Apr-2May2011 bersama Deejay2 dan Crew2 dari DuniaMuzik.Fm....... bukan ada Event cuma kami jalan2 cari makan & shopping......siapa2 yg nak jumpa kami dipersilakan.....:D

Friday, March 18, 2011

welcome..selamat datang..ahlan wasahlan...

welcome n join me at dunia muzikFm.....dunia muzik anda...layanzzzz

p/s:thanx to legend coz support ngan bg coding...n all yg follow n sudi visit my blog...love all...

Thursday, March 17, 2011

aku epy....

dgn tercipta blog baru aku ni..aku nk promote 1 radio yg jd favourite aku skrg ni..coz aku sayang sume yg ade kat situ..xspecially mama rozi...yg selama ni byk support aku...thanx mama..thanx legend,abg zack,awie,mia,abg amat n sume yg kenal myra...myra syg korang sume..muahhhhhh

Monday, March 14, 2011